Sunday 15 July 2012

KHASIAT HEMPEDU BUMI

  • Daun Hempedu bumi boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi, disamping merawat kencing manis, antiradang, antibakteria, antivirus, melegakan demam dan pencair kahak. 
  • Ia juga digunakan sebagai pelawas pembuangan air besar, menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan dan mempercepatkan pembekuan darah. 
  • Cara menjadikannya ubat rebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka. 
  • Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul- molekul lemak yang ada disekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. 
  • Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agak sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan. Tetapi rasa sebegitu sememangnya tidak begitu menarik minat sebahagian besar masyarakat kita. Mereka lebih gemar kepada rasa manis dan masin. 
  • Pengambilan rasa manis dan masin yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit tertentu.Tetapi jika diseimbangkan pengambilan perasa-perasa itu adalah baik untuk kesihatan. Tumbuhan ini juga sesuai untuk merawat kesan gigitan serangga. Cara yang paling mudah adalah ambil beberapa helai daunnya dan hancurkan. Sapulah di tempat yang terkena gigitan serangga itu.Tetapi ia lebih popular dalam merawat penyakit darah tinggi dan demam. 
  • Cara yang sering diamalkan adalah kita perlu mengambil beberapa helai daunnya dan bersihkan terlebih dahulu. Kemudian rendam daun-daun itu dalam segelas air panas dan biarkan sehingga air panas itu menjadi suam. Selepas itu, minumlah perlahan-lahan. Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.


http://artikelsihat.blogspot.com/2010/09/hempedu-bumi.html

Wednesday 4 July 2012


HEMPEDU BUMI

(ANDROGRAPHIS PANICULATA) 

  • Herba tradisi ini amat berkhasiat tinggi kerana ianya bertindak sebagai sistem pertahanan badan yang unggul. 
  • Sebelum antibiotic ditemui, herba ini digunakan secara kerap bagi mencegah penyakit dan jangkitan.(1) 
  • Kajian makmal di Eropah dan Amerika telah membuktikan bahawa tumbuhan ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi. 
  • Hasil kajian yang dikeluarkan oleh penyelidik Jabatan Kejuruteraan Pemprosesan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia pada tahun 2008 (2), menyatakan bahawa tumbuhan herba Hempedu Bumi ini dapat :
    • Mencegah sel-sel kanser payudara, hati, dan kelenjar prostat.
    • Untuk mengatasi gangguan hati dan hepatitis.
    • Untuk mencegah demam selsema dan pernafasan
    • Merawat kencing manis.
    • Mengurangkan kolesterol.
    • Mengurangkan tekanan darah tinggi 
  • Selain itu, herba ini juga baik untuk penyakit gout dan penyakit kulit
2. M.N. Ibrahim, G. H Chong, 2008; Stability Of Andrographolide In Andrographis Paniculata Under Selected Storage Conditions, Process and Food Engineering Department, Faculty of Engineering Universiti Putra Malaysia



Friday 8 June 2012

PENGENALAN



Pokok Hempedu Bumi


Hempedu bumi (juga dikenali sebagai pokok akar cerita) ialah sejenis pokok yang banyak dijumpai di IndiaThailand dan mudah dijumpai di tanah gambut.
Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Bentuk daun itu bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.
Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekullemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak. 

Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.