PENAWAR HEMPEDU BUMI
Sunday, 15 July 2012
KHASIAT HEMPEDU BUMI
Wednesday, 4 July 2012
HEMPEDU BUMI
(ANDROGRAPHIS PANICULATA)
- Herba tradisi ini amat berkhasiat tinggi kerana ianya bertindak sebagai sistem pertahanan badan yang unggul.
- Sebelum antibiotic ditemui, herba ini digunakan secara kerap bagi mencegah penyakit dan jangkitan.(1)
- Kajian makmal di Eropah dan Amerika telah membuktikan bahawa tumbuhan ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi.
- Hasil kajian yang dikeluarkan oleh penyelidik Jabatan Kejuruteraan Pemprosesan Makanan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia pada tahun 2008 (2), menyatakan bahawa tumbuhan herba Hempedu Bumi ini dapat :
- Mencegah sel-sel kanser payudara, hati, dan kelenjar prostat.
- Untuk mengatasi gangguan hati dan hepatitis.
- Untuk mencegah demam selsema dan pernafasan
- Merawat kencing manis.
- Mengurangkan kolesterol.
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Selain itu, herba ini juga baik untuk penyakit gout dan penyakit kulit
2. M.N. Ibrahim, G. H Chong, 2008; Stability Of Andrographolide In Andrographis Paniculata Under Selected Storage
Conditions, Process and Food Engineering Department, Faculty of
Engineering Universiti Putra Malaysia
Friday, 8 June 2012
PENGENALAN
Pokok Hempedu Bumi
Hempedu bumi (juga dikenali sebagai pokok akar cerita) ialah sejenis pokok yang banyak dijumpai di India, Thailand dan mudah dijumpai di tanah gambut.
Hempedu bumi merupakan satu tumbuhan herba semusim yang tumbuh menegak. Tingginya boleh mencapai 60-70 cm. Daunnya berwarna hijau pekat, licin dan tersusun secara bersilang. Bentuk daun itu bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal.
Daun hempedu bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah merebus daun tersebut untuk mengambil airnya supaya boleh diminum. Daun ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan letakkannya pada luka tersebut.
Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekullemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak.
Rasanya agak pahit, khususnya bagi mereka yang pertama kali meminumnya. Tetapi harus ingat, sebagaimana tumbuhan herba yang lain janganlah minum kerap sangat dalam sehari. Cukup untuk minum sekali sehari.
| |
Subscribe to:
Posts (Atom)